Tuesday, December 15, 2009

PENGENALAN KAUNSELING

- Sebagai salah satu sistem sokongan

Pembangunan pelajar di mana Unit Kaunseling akan sentiasa bersedia untuk membantu serta membimbing pelajar mengatasi cabaran hidup yang sentiasa wujud dalam kehidupan seharian.


APA ITU KAUNSELING?
- Hubungan bersemuka antara individu normal

Dengan kaunselor, individu dibantu untuk memahami diri dan situasinya, menggunakan potensi dengan cara yang memanfaatkan diri, keluarga, agama, masyrakat. Selain itu individu juga dapat mempelajari cara menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan pada masa kini dan akan datang.


OBJEKTIF KAUNSELING
- Membantu anda:
  • Lebih memahami dan menerima diri sendiri
  • Menyedari dan meningkatkan potensi diri
  • Membuat keputusan secara bijak
  • Membuat perancangan yang realistik
  • Lebih yakin dalam pemikiran dan tindakan
  • Lebih "accountable" dan bahagia dalam segala usaha yang dilakukan

SIAPAKAH YANG BOLEH JUMPA KAUNSELOR?
- Individu normal yang....

  • Ingin mengenali dan memahami dirinya
  • Mahu memahami realiti diri dan kehidupan
  • Ingin meningkatkan potensi diri
  • Mengalami gangguan fikiran dan emosi
  • Keliru dengan keadaan diri dan kehidupan
  • Menghadapi konflik perhubungan sosial
  • Memerlukan tempat untuk mengadu
  • Menghadapi masalah belajar
  • Dan lain-lain

CARA SESI KAUNSELING DIJALANKAN
- Sesi kaunseling boleh dijalankan secara:

  • Kaunseling Individu - Pertemuan bersemuka antara anda dengan kaunselor
  • Kaunseling Kelompok - Pertemuan bersemuka antara anda dan rakan-rakan anda dengan kaunselor

KOD ETIKA KAUNSELING
- Keutamaan bagi menjamin kepercayaan

  • Menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat
  • Memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien
  • Berkhidmat dengan ikhlas, jujur dan berdedikasi
  • Membuktikan kemahiran secara profesional
  • Menghormati keputusan dan penentuan kendiri yang dibuat oleh klien

FAEDAH KAUNSELING KELOMPOK
- Membantu anda.........

  • Meluahkan fikiran dan perasaan
  • Memahami pelbagai ragam manusia
  • Menyedari persepsi rakan terhadap anda
  • Mengenali dan menerima keperibadian diri
  • Lebih menerima dan menghormati rakan
  • Menerima pertolongan daripada rakan
  • Membina kemahiran berkomunikasi
  • Menikmati rasa dipunyai dan diterima
  • Menambah kebolehan mengatasi masalah
  • Membantu perkembangan diri dalam aspek akademik, sosial, emosi, kerohanian, peribadi dan kerjaya
  • Mengurangkan masalah disiplin serta mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih seronok

SALAH TANGGAPAN
- Kaunseling bukan untuk.......

  • Menyedari masalah anda
  • Memberi maklumat sahaja
  • Memberi nasihat dan cadangan sahaja
  • Menemuramah atau berbual tanpa tujuan
  • Menilai kekuatan dan kelemahan anda
  • Mengubah sikap, kepercayaan dan tingkahlaku anda

PERCAYALAH.....KAUNSELOR ANDA
- Akan perihatin dan sentiasa.....

  • Bersedia menerima anda tanpa syarat
  • Sanggup menerima semua persoalan anda
  • Merahsiakan segala maklumat peribadi anda
  • Menghormati anda sebagai seorang individu
  • Boleh berjumpa anda pada bila-bila masa sekiranya penting dan terdesak
  • Mempunyai latihan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang boleh membantu anda menghadapi dan melegakan / mengatasi masalah anda

SENARAI NAMA PENYELARAS

Cik Siti Khadijah Binti Said ( JPA )
Puan Norita Binti Abd Aziz ( JPA )
Puan Rosmaliza Binti Rashid ( JTMK )
Encik Mohd Zailan Bin Zamani ( JTMK )
Encik Mohd Khairul Bin Mohamad @ Alwi ( JTMK )
Encik Wan Nor Asma Bin Wan Yaacob ( JKA )
Siti Farahiah Binti Mohamed ( JKA )
Nazmiah Binti Nawi ( JKA )
Encik Wan Hamidi Bin Zahari ( JKM )
Encik Mohamad Shukri Bin Muda ( JKM )
Mohd Sabri Bin Hussin ( JKM )
Encik Fairuz Bin Mohd Noh ( JKM )
Wan Hayati Binti Wan Yusni ( JKM )
Zainal Anuar BIn Bakri ( JKE )
Isamudin Bin Mamad ( JKE )
Mohd Izwadi Bin Muda ( JKE )
Aifah Binti Arifin ( JKE )
Normazita Binti Mat Ali ( JKE )
Nasrah Binti Said ( JKE )
Hamidah Binti Osman ( JMSK )

Pegawai Psikologi, semua penyelaras dan pensyarah sedia membantu pelajar yang ingin mendapatkan khidmat kaunseling dalam hal-hal berkaitan peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya.

ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR KE
UNIT KAUNSELING & PSIKOLOGI

CARA MENDAPATKAN KHIDMAT KAUNSELING

  • Membuat temujanji dengan penyelaras kaunseling di jabatan masing-masing
  • Membuat temujanji dengan Pegawai Psikologi di Unit Kauseling dan Psikologi
  • Dirujuk
  • Dijemput

KAUNSELOR ANDA:

  • Puan Hajjah Wan Norisah Binti Wan Musa (Pegawai Psikologi)
  • Encik Mohd Suhaimi Bin Md Nor (Pegawai Psikologi)
  • Cik Zurina Binti Zakaria (Pegawai Psikologi)
  • Cik Nik Nurfazlinie Binti Ab Ghani (Kaunselor Pelatih)
  • Cik Nurul Huda Binti Abas (Kaunselor Pelatih)
  • Cik Noramalina Binti Abu Bakar (Kaunselor Pelatih)

BILIK KAUNSELING:

- Terletak di Tingkat 1, (Blok D) atas Kafetaria PSMZA

WAKTU PEJABAT:

- Ahad - Khamis: 8.30 pagi hingga 5.30 petang

No comments:

Post a Comment