Tuesday, December 15, 2009

APA ITU KAUNSELING?

Kaunseling bukan memberi nasihat,tetapi hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien menceritakan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.

Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.


MATLAMAT KAUNSELING

· Memudahkan perubahan tingkah laku
· Meningkatkan keupayaan klien memula dan meneruskan perhubungan
· Membantu keberkesanan klien menguruskan diri (coping)
· Menggalakkan proses membuat keputusan
· Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien


PERANAN KAUNSELOR

· Memandu individu/kelompok dalam interaksi dan perkembangannya
· Menggalakkan pertumbuhan interaksi, pilihan, mengenal diri individu dan perpaduan di dalam kelompok
· Mengimbang kadar penglibatan dan interaksi ahli menurut keperluan diri dan kelompok dari segi akademik, kerjaya, psikososial, kesejahteraan mental dan keibubapaan


PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN:

· Kaunseling Individu
· Kaunseling Kelompok
· Mentadbir Inventori

No comments:

Post a Comment